Monday, September 19, 2011 | 9:38 PM | 0 weird people
persahabatan,sayang,cinta...semua itu hanyalah emosi...hopefully cerita kat bawah nih bole mentauladankn korang . .credit to miss yaya for this story..


persahabatan antara aku dan dia terjalin ketika kami sama-sama belajar di tadika yang sama. farina,namanya selembut orangnya namun tegas dalam apa jua.. hanya kerana nama kami bermula dengan huruf "F" .. masing-masing menggelarkan kami sebagai double F . .kadang-kadang timbul juga perasaan
cemburu kerana ina selalu dapat tempat yang tertinggi dari aku, namun kami tidak pernah bertengkar,persahabatan kami terus terjalin sehinggalah abis tingkatan 5 . .hanya kerana ina
cerdik dari aku,ina ditawarkan di matrik di melaka tapi aku hanya belajar di kolej tempatan di Kuala Lumpur..


* 2 tahun kemudian * 10 febuari 2010

tidak disangka selepas bertemu kembali,ina banyak berubah, dia semakin berjaya,ina terus belajar di universiti yang terkenal di Kuala Lumpur. aku masih belajar di kolej. Namun aku tak kisah, kerana aku sentiasa ada seseorang yang menyokong aku dari belakang. namanya, Iwan,yang merupakan kekasih aku malah sekolej dan satu kelas dengan aku.ketika aku bertemu dengan Ina, aku perkenalkan Ina dengan Iwan tapi hanya sebagai kawan. memang silap aku, namun aku takut Ina pandang aku sebagai gadis murahan.


bile aku balik,Iwan lansung tak nak bercakap dengan aku,even sms pom dia tidak hantar tapi aku faham.. aku mintak tolong roomate aku,mijah. bile mijah kol Iwan, dia terus angkat

"helo ? "
"bie,sayang nie"
"haih,ape ?!! " keras suaranya aku tahu dia mara tapi aku terus bersabar
"sayang mintak maaf,sayang tahu sayang salah"
"aku nih sapa ?"
"urm,bf sayang lah" senang pulak aku balas
"bukan kawan ko ke ?"
"sorry lah,tak sengaja..sumpah x sengaja"
"banyak lah ko x sengaja"
"plis faham,tu kawan syg,da lama x jumpa.."
"oke2 lah,nak tido nh,esok kte p sama-sama bye"
"bye,luv u"

Iwan terus letak telefon. walaupun tiada balasan,namun dia masih nak pergi kelas dengan aku,aku bersyukur sangat-sangat.mana boleh lepaskan dia,satu-satunya lelaki yang paling aku sayang.


*esoknya*
Iwan tnggu aku kat depan rumah,cepat-cepat aku turun pergi kat dia,aku nampak dia senyum.Alhamdulillah, takut juga aku kalau tiba-tiba dia mengamuk ke.sepanjang nak pergi kolej,aku terserempak dengan Ina,kereta dia rosak. so aku suruh lah Iwan berhenti. Mula-mula Ina menolak ajakan aku, tapi aku still berkeras. Iwan hanya senyap,setuju kot. Ina pun masuk,so kitorang pun hantar lah Ina kat tempat ina belajar,sepanjang naek kereta,ina selalu tanya tentang hubungan kitorang,akhirnya aku jujur menyatakan Iwan adalah pkwe aku.. aku dapat tengok muka Iwan nampak gembira. ALHAMDULILLAH . .


*1 bulan*

perhubungan aku dan Ina berjalan seperti dahulu,sepanjang beberapa hari selepas bertemu dengan Ina,aku banyak menghabiskan waktu bersamanya. Mijah pun turut serta. tidak disangka,selepas semua ini, kami sentiasa berkepit kemana sahaja,walaupun Ina bukan satu tempat belajar dengan kami,namun ina sering datang ke rumah sewa kami untuk berehat.jadi kami buat keputusan untuk mengajak Ina tinggal bersama kami memandangkan memang ada bilik kosong untuk Ina .Iwan? kami masih macam biasa. malah Iwan sentiasa ada bersama-sama ketika kami kemana-mana sahaja.kata iwan, dia tidak mahu aku diculik oleh sesiapa. bergitu tulus cintamu,Iwan.


*2 bulan* 20 April 2010

tup-tup dah masuk satu tahun percintaan aku dengan Iwan,malah ianya merupakan hari jadi aku. aku sangat gembira hari itu. Ina dengan mijah awal-awal dah wish aku dengan telur dan tepung. memang kelakar,riuh betul rumah kami ketika itu. malamnya mijah dan ajak tuk menemani mereka ke kedai untuk membeli barang dapur. aku hanya ikut,namun sekali lagi aku terkejut bila mereka berhenti betul-betul depan taman tasik titiwangsa. cantik sangat-sangat. yang paling aku terkejut,iwan berdiri betul-betul depan aku sambil kiss pipi aku dan cakap betapa dia mencintai aku. aku berpaling kat Ina n Mijah..tiba-tiba


*1,2,3*
"happy bday ana !!! dan happy anniversary" aku tengok ramai budak kolej aku datang
tak aku sangka,aku menangis akhirnya . .bukan menangis kerana sedih tapi kerana gembira sangat-sangat. rupanya ini semua idea Ina. terima kasih Ina.Iwan tak habis-habir memujuk aku. aku bersyukur kerana dipertemukan denganmu ketika itu Iwan. aku betul-betul mencintaimu Iwan

*3 bulan*17 Julai 2010

memandangkan aku hampir dengan exam, aku mula berjauhan. kerana terlalu sibuk. aku mahu mengubah nasib keluarga aku. aku tahu mereka semua mengharapkan aku. Kini mijah tiada lagi kat rumah sewa aku. mijah mula tinggal di asrama bagi memudahkan dia untuk belajar. Mula-mula aku ingin membuat keputusan yang sama namun ditegah oleh ina. so, aku pun mula stay up untuk study. aku selalu pergi pustaka cari bahan tuk exam so tiap kali balik kelas aku terus pergi sana. Iwan pun dah stop ambil dan hantar aku sejak aku pinjam moto mijah. aku rasa senang bergini, tapi aku sendiri tak tahu nape ari nie aku tiada mood untuk pergi ke pustaka.

so.. aku ambil keputusan untuk balik rumah. aku singgah kat macdonald tuk beli makanan untuk Ina. sampai simpang jalan,aku ternampak satu bear tertulis i love u di badan tedy tuh, tiba-tiba ingatanku pada Iwan kuat sangat.aku teringin membelikannya so bile aku tiada kat sisinya,sekurangnya itu bole menjadi pengubat rindu.

sampai di simpang rumah aku ambil keputusan untuk menghantar mesej pada Iwan
supaya datang ke rumah.

*bie,syg rindu kat bie, datang lah rumah.i have someting for you.*

bawu beberapa minit aku ingin menghantar mesej namun riuh rendah di rumah mematikan niatku.aku tengok ramai orang berkerumun depan rumahku.pelbagai persoalan singgah di hatiku. aku terpandangkan kereta Iwan yang terparkir hadapan rumah sewaku. lantas aku cuba mencelah. tiba-tiba aku ditahan oleh seseorang.
"awak,duduk dekat sini juga ?"
"ye..nape ni pak cik ?"
"mari ikut saya."

aku lantas menganguk,bertanya pun tidak. bungkusan di tanganku tidak ku lepaskan. seram sejuk tanganku. dalam samar-samar aku mencari kelibat Iwan. aku nak bertanya apa yang terjadi pada Ina. aku cuba membuang pelbagai perkara negatif. aku sayangkan ina !!

"awak kenal mereka ? mereka ditangkap kerana berzina"

persoalan yang ditanya lantas membuatkan aku berpaling ke arah satu sudut. mereka ? aku ternampak seorang perempuan yang duduk di sudut terduduk sendirian malah lelaki hanya berseluar pendek tidak berbaju. terdiam aku . tidak ku sangka .
" ina !!! Iwan !!! "
luruh jantungku. tidak semena-mena tanganku menampar pipi ina. orang yang paling aku sayangi telah membuat onar dengan kekasihku sendiri. aku tidak dapat menahan lagi,lantas air mataku laju mengalir. aku memandang muka Iwan,tidak semena-mena bungkusan di tanganku terlepas. iwan memandang ke arah bungkusan yang jatuh. ku pandang muka dia. pertama kali aku melihat dia menangis. dia cuba bercakap namun aku menghalang. aku lihat Ina sudah menangis teresak-esak.

"cik ana,kenal mereka ?"
"terlalu kenal encik,tolong bawa mereka pergi,saya tidak mahu melihat mereka"

serta merta Ina memeluk tubuhku sambil meraung meminta maaf. apakan daya,aku sudah tidak mampu lagi. hanya kebencian dan dendam menguasainya.
iwan segera mendekatiku...

"syg,maafkan bie..bie sendiri tidak tahu apa yang terjadi pada bie"
"mulai dari saat ini,angaplah kita semua tidak pernah kenal"
"syg,bie mntak maaf, tapi semua ini slh syg... syg tak pernah ada masa tuk bie"
"sudah !! aku tak nak dengar pape dari ko..ye mmg silap aku,sejak bile semua ini berlaku?"
"sejak sbulan lebih lepas"

bagai dicucuk jantungku..iwan mencurangi aku sudah sebulan lebih. kenapa ina ? ke
napa iwan? kenapa ?


*11 disember 2010*
kenangan yang dahulu membuatkan aku menjadi seorang yang lebih kuat. akhirnya aku sudah habis belajar,malah aku sedang mencuba-cuba untuk menyambung pelajaran di peringkat ijazah. sbulan selepas kejadian,aku dijemput ke majlis perkahwinan mereka,namun aku tidak menghadirkan diri.beberapa bulan selepas itu,selepas pulang dari kelas yang merupakan pada hari itu merupakan hari last paper ,aku dikejutkan oleh kawan Iwan,Asyraf dengan sepucuk surat.


^^ kehadapan kekasihku,ana... ^^
maafkan Iwan,atas semua yang berlaku. Iwan cintakan Ana. maafkan Iwan kerana menipu Ana tapi percayalah Iwan tidak pernah cuba berniat untuk menipu Ana. Iwan hanya cintakan Ana. terima kasih untuk tedy bear itu. sekurangnya hanya itu yang menjadi peganti Ana buat masa ini. mungkin kita tidak mungkin bertemu lagi.Iwan disahkan menghidap HIV dan peluang untuk hidup amat tipis,Ina tidak bersalah dalam hal ini,mungkin Ana lupa,yang hadir tika Iwan ditangkap dengan Ina,mereka semua adalah satu universiti dengan Ina dan pak cik yang bercakap dengan Ana ialah pak cik helmi.Iwan tak sanggup memberitahu kerana tidak mahu pelajaran Ana terganggu. percayalah sayang. bie hanya cintakan sayang.tahniah sayang kerana sudah selesai peperiksaan. iwan sentiasa perhatikan Ana malah mijah s
endiri adalah sepupu Iwan. jaga diri baik-baik sayg. kenangku dalam doamu.

salam sayang
mohd fakhrul irwan

ape semua ini ?? aku memandang muka Asyraf memohon perjelasan.
" iwan cakap bile semua ni terjadi,kau mungkin bersemangat untuk belajar,malah dia sering datang melihat kau ketika kau belajar.tika kau menangis,dia akan sering mencari seseorang untuk menghiburkan kau.dia sayangkan kau"
"mana dia asyraf ? mana dia ?"
"dia sekarang berada di kuantan,di rumahnya"
"aku nak jumpa dia.tolong !"

lantas asyraf memandu ke kuantan.dalam hati aku menyesal kerana tidak mengenali pak cik helmi ketika itu sedangkan Iwan terlalu rapat dengan pak cik helmi,bapa saudara yang rapat dengannya. sesampai di rumahnya,aku melihat ramai orang berkerumun.Ya ALLAH, berilah aku peluang.. perlahan-lahan aku masuk,aku melihat orang-orang yang dahulunya berlakon untuk menjayakan lakonan iwan. Pak cik helmi yang mengecam aku cepat-cepat menarik aku memasuki satu bilik. ku pandang sekujur tubuh terbaring lesu.mukanya pucat dan menarik nafas bagai sebentar lagi dia mungkin pergi jauh. Iwan buka matanya memandangku,lantas mata bertaut..tidak disangka air mata kami jatuh berlinangan.
"kenapa awak buat saya macam ini? awak tak sayangkan saya?"
"bie terpaksa sayang..bie sentiasa mencintai dan menyayangi syg"lantas tangannya menyentuh pipiku menahan air mataku dari jatuh. Ya ALLAH kuatkan semangatku.
"sayang,terima kasih untuk tedy tu,comel macam muka syg" aku hanya menganguk,aku terpandangkn tedy itu..ku lihat sesuatu tergantung di leher tedy itu,lantas aku ambil,ku buka,terpandangkan cincin yang diukir nama kami berdua. aku menangis lagi
"sayang,jangan menangis,bie pakaikan untuk syg ea,itu adiah untuk syg"
dia cuba menyarungkan di jari manisku. aku tersenyum.
"terima kasih bie" itu je yang mampu aku ucap
"syg, jangan bersedih oke ? janji dengan bie, hanya syg yg bie cinta dan syg. maafkan bie,i love u syg"
"syg jnji bie"
"syg,bie nak tidur bole ? bie ngantuk"
"bie,jgn tnglkn syg..syg x bole.. bie ... syg sygkn dan cintakan bie "
"syg bole..bie tahu syg bole,bie tidur dulu k,selamat malam syg"
aku hanya menganguk. perlahan-lahan aku lihat dia pergi tinglkn aku. aku bangun,sejenak aku berpaling,aku terpandangkan Ina. lantas kami berpelukan. Ina menteramkan aku,selepas itu,mijah datang bersama kedua ibu bapa Iwan. Ibu iwan terus memelukku.aku menangis semahunya. perlahan-lahan aku menyebut
"i..wan.. da..h ...per...gi...."
mereka semua menganguk.
pada malam itu,semua persiapan untuk jenazah telah dibuat.esoknya jenazah selamat dikebumikan. aku pandang kuburnya yang masih merah. Ina menghampiriku


"Ana,lepaskannya... dia tidak mahu kita semua sedih"
"aku sedih sebab tidak sempat menghabiskan masa untuk dia"
"jangan dikesalkan lagi..Iwan pernah berpesan pada aku supaya menjaga kau dan tidak akan membuat kau bersedih lagi."
"bie,syg jnji akan kuat dan akan sentiasa gembira"
aku terus berjalan beriringan dengan Ina.sesampai di kereta Ina,dia menyerahkan aku tedy itu. di tedy itu terselit satu nota

cintaku padamu tidak akan berubah kerana cinta ini telah kau miliki dan takluki

air mataku mengalir lagi bila terkenangkan peristiwa dulu. aku memeluk tedy itu. 'ya bie,syg gembira sekarang,cintaku padamu jua tidak akan berubah'


ALHAMDULILLAH........
heyy you! welcome to my world. thanks for visting. do follow me. do not do stupid things that might harm my blog okayy! be nice here sayang. heyy haters! i love you more *nampak ayat ni menganjing?* be a nice stalker ya.

CURRENTLY : Alien(s) 
MOOD : i'm happy.


Life Scene
The Author
♥SYARAAZIZAN
♥SEKOLAH MENENGGAH KEBANGSAAN SENAWANG
♥KEM PLKN NASUHA PAGOH :D